SYARAT-SYARAT

SYARAT-SYARAT PENGAMBILAN PEKERJA ASING BANGLADESH

  • Bekerja dalam sektor yang dibenarkan iaitu Perkilangan, Pembinaan, Pertanian, Perladangan dan Perkhidmatan secara G2G Plus;
  • Majikan perlu memohon secara atas talian di portal rasmi Jabatan Imigresen Malaysia (www.imi.gov.my);
  • Permohonan pekerja asing oleh majikan/ syarikat adalah tertakluk kepada kelulusan kuota dari Pusat Kelulusan Setempat (OSC), Kementerian Dalam Negeri;
  • Majikan perlu memohon surat Attestation daripada kedutaan negara sumber di Malaysia secara atas talian;
  • Berumur tidak kurang daripada 18 tahun dan tidak melebihi 45 tahun pada masa permohonan;
  • Disahkan lulus pengesahan IMMIGRATION SECURITY CLEARANCE (ISC) yang dilakukan di negara sumber;
  • Disahkan sihat oleh pusat pemeriksaan kesihatan di negara sumber;
  • Bakal pekerja tidak termasuk dalam senarai individu asing yang dilarang masuk mengikut Seksyen 8(3) Akta Imigresen 1959/1963;