CARTA ALIR PERMOHONAN QUOTA PEKERJA ASING SECARA ATAS TALIAN OLEH MAJIKAN

Carta Aliran Majikan
Tindakan
Nota

Majikan mendaftar secara atas talian melalui Portal Rasmi Jabatan Imigresen di www.imi.gov.my

  1. Majikan
  1. Majikan perlu klik pada pautan Sistem Permohonan Pekerja Asing.
  2. Majikan perlu mendaftar ke dalam sistem bagi mendapatkan ID pengguna berserta kata laluan.
  3. Maklumat pendaftaran majikan akan ditapis melalui sistem myIMMs, FWCMS dan juga SSM.

Pengisian maklumat oleh majikan untuk permohonan pekerja asing secara atas talian melalui Sistem Permohonan Pekerja Asing

  1. Majikan
  1. Majikan perlu mengisi segala maklumat berkaitan perniagaan dan permohonan dan memuatnaik dokumen – dokumen yang berkaitan (sila rujuk senarai semak dokumen yang perlu dimuatnaik).
  2. Permohonan yang lengkap dan memenuhi semua syarat yang ditetapkan dalam senarai semak akan diproses dan diberikan keputusan dalam tempoh dua hari bekerja.
  3. Sekiranya permohonan tidak lengkap, permohonan akan dipulangkan semula dan majikan perlu melengkapkan maklumat tersebut. 

Temuduga di OSC KDN untuk proses kelulusan kuota oleh agensi- agensi kerajaan berkaitan

  1. Majikan
  2. JTK
  3. AKS
  4. KDN
  1. Majikan perlu membawa dokumen asal bagi setiap dokumen yang telah di muatnaik sebagai rujukan semasa urusan temuduga.
  2. Majikan akan ditemuduga oleh pihak JTK, AKS dan KDN untuk kelulusan permohonan kuota.
  3. Sekiranya permohonan di luluskan, majikan akan menerima surat akuan penerimaan kuota bagi pembayaran levi.
  4. Sekiranya permohonan gagal, majikan boleh membuat permohonan baru melalui proses yang sama.

Majikan membayar levi di kaunter JIM di OSC KDN

  1. Majikan
  2. JIM
  1. Pembayaran levi adalah berdasarkan surat akuan penerimaan kuota yang di berikan.
  2. Pembayaran levi hendaklah dilakukan dalam masa 30 hari dari tarikh surat akuan penerimaan.

Majikan mengisi maklumat untuk permohonan Attestation secara atas talian melalui modul eEmbassy dalam Portal Majikan

  1. Majikan
  1. Untuk permohonan Surat Attestation daripada kedutaan negara sumber, majikan perlu mengisi maklumat yang diminta dan memuat naik katalog produk, gambar premis, gambar tempat tinggal dan tempat bekerja.
  2. Dokumen seperti demand letter, power of attorney dan employment contract akan di jana secara automatik setelah pihak kedutaan negara sumber memberikan pengesahan.
  3. Majikan perlu menghubungi agen rekruitmen sebagaimana didalam surat kelulusan.

Majikan dan agen rekrutmen di negara sumber akan melakukan proses pemilihan pekerja, pendaftaran dan membawa masuk pekerja ke negara ini

  1. Majikan
  2. Agen Rekrutmen
  1. Majikan perlu menghubungi agen rekrutmen sebagaimana didalam surat kelulusan untuk proses merekrut pekerja.
  2. Pekerja akan dihantar untuk melakukan proses Bio-Medical yang akan di uruskan oleh agen rekrutmen.
  3. Majikan memohon eVDR (Calling Visa) dan membeli insuran secara atas talian.
  4. Agen rekrutmen menghantar permohonan visa dan pasport ke Suruhanjaya Tinggi Malaysia / VLN melalui Pusat Khidmat Malaysia Employment and Facilitation Centre (MEFC).