FAQ

Jawapan : SPPA adalah sistem atas talian yang dibangunkan khusus untuk merekrut pekerja asing dari negara-negara sumber yang ingin bekerja di Malaysia.
Jawapan : Buat masa ini, majikan yang ingin merekrut pekerja asing Bangladesh sahaja yang wajib menggunakan SPPA.
Jawapan : Staf Khidmat Pelanggan kami bersedia untuk membantu anda sekiranya anda:
  • hadir ke Pusat Khidmat Pelanggan kami di A2-1-1, Tingkat 1, Kompleks Perniagaan Ayer@8, Jalan Presint P8G, Presint 8, 62250 Putrajaya.
  • hadir ke Mobile Hub SPPA di OSC KDN (One Stop Center KDN), Tingkat 5, Blok D9, Kompleks D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya.
  • membuat panggilan di talian +603-8689 2858.
  • hantar emel di enquiry@sppa.com.my.
Jawapan : Pertama sekali, anda harus mendaftar (jika ini adalah kali pertama) untuk mendapatkan log masuk. Sila rujuk kepada bahagian 'Muat Turun & Tutorial' kami untuk maklumat lanjut dan maklumat yang diperlukan untuk proses ini.
Jawapan : Majikan yang ingin memohon pekerja asing Bangladesh, perlu mengikuti langkah berikut;
  1. Daftar Log Masuk melalui Portal SPPA di https://www.sppa.com.my
  2. Lengkapkan dan muat naik informasi majikan dalam Portal SPPA
  3. Hadir sesi temuduga di OSC KDN (One Stop Center KDN)
  4. (Selepas mendapat kelulusan kuota dari pihak KDN) Sila buat pembayaran levi di OSC KDN (One Stop Center KDN)
  5. Membuat permohonan 'Attestation' secara atas talian di portal kami dan membuat pembayaran 'Clearance Fee'.
  6. Membuat pilihan dari biodata pekerja asing yang diterima daripada Recruitment Agency.
  7. Memohon secara atas talian untuk Visa Dengan Rujukan (eVDR)
  8. (Apabila pekerja asing sampai) Mengambil pekerja di Lapangan Terbang dalam tempoh 6 Jam dari ketibaan pekerja tersebut.
  9. Memastikan pekerja menjalankan pemeriksaan kesihatan dengan FOMEMA dalam tempoh 20 Hari dari tarikh ketibaan pekerja tersebut.
  10. Membuat permohonan PLKS (Pas Lawatan Kerja Sementara) dari Jabatan Imigresen Malaysia
Jawapan : Sesi temuduga di OSC KDN adalah bersama Jabatan Tenaga Kerja (JTK) dan Agensi Kawal Selia (AKS). JTK adalah Jabatan Tenaga Kerja yang akan memastikan bahawa majikan mematuhi, dan mengikut Akta Undang-undang Perburuhan dan Pekerjaan 1955. AKS iaitu Agensi Kawal Selia adalah terdiri daripada kementerian sektor-sektor yang terlibat dalam memastikan majikan memenuhi syarat dan kriteria yang ditetapkan oleh kementerian masing-masing dalam pengambilan pekerja asing di Malaysia.
Jawapan : Majikan akan dimaklumkan dan diberi tarikh sesi temuduga kali ke-2 melalui emel. Selepas majikan masih gagal untuk hadir buat kali ke-2, permohonan tersebut akan ditolak secara automatik.
Jawapan : Buat masa ini, sektor yang dibenarkan oleh Kementerian Dalam Negeri adalah;
  • Perkilangan
  • Pembinaan
  • Perladangan
  • Pertanian
  • Perlombongan & Kuari
  • Perkhidmatan : -
    • Sub-sektor Restoran (Tukang Masak Sahaja)
    • Sub-sektor Pembersihan dan Sanitasi
    • Sub-sektor Pulau Peranginan
    • Sub-sektor Hotel
    • Sub-sektor Kedi (Lelaki Sahaja)
    • Sub-sektor Pengendalian Kargo (Lapangan Terbang dan Pelabuhan Terpilih Sahaja)
Sila rujuk laman sesawang KEMENTERIAN DALAM NEGERI untuk maklumat lanjut.
Jawapan : Majikan boleh membuat permohonan semula jika majikan telah membetulkan isu dan sebab berkaitan perkara yang telah menyebabkan permohonana ditolak kali pertama.
Jawapan : Tidak. Buat masa ini SPPA hanya diberi kuasa untuk membuat proses permohonan bagi Pekerja Am sahaja. Untuk kategori Profesional masih perlu dilakukan di Bahagian Perkhidmatan Ekspatriat Jabatan Imigresen Malaysia. Sila rujuk laman sesawang Jabatan Imigresen Malaysia untuk maklumat lanjut.
Jawapan : Kelulusan Kuota sah untuk 18 Bulan dari tarikh pembayaran levi dibuat.
Jawapan : 'Attestation Letter' (Surat Pengesahan) adalah Persetujuan atau Kelulusan oleh Pesuruhjaya Tinggi negara sumber di Malaysia, yang diberikan kepada majikan yang ingin merekrut pekerja asing dari negara tersebut .
Jawapan : Majikan boleh memohon 'Attestation' Pengesahan melalui Portal SPPA, dibawah menu eEmbassy dan pilih Apply Attestation.
Jawapan : Tidak. Agen Rekrut yang dilantik untuk majikan bagi setiap permohonan adalah ditentukan secara automatik oleh sistem sebaik sahaja majikan membuat pembayaran levi.
Jawapan : Bilangan dan pengiraan pekerja asing yang diluluskan adalah berdasarkan kepada keperluan sebenar majikan. Oleh itu, majikan perlu memenuhi terma dan syarat, garis panduan, serta undang-undang dan akta, yang telah ditetapkan oleh kerajaan, iaitu Kementerian Dalam Negeri, Jabatan Buruh di bawah Kementerian Sumber Manusia, Jabatan Imigresen, serta Agensi Kawal Selia (AKS) oleh sektor masing-masing, seperti CIDB, ​​MITI, MOA, MNRE, KPDNKK, MPIC, MOTAC dan MOT.