DASAR

DASAR SEMASA PENGGAJIAN PEKERJA ASING

  1. Keutamaan penggajian untuk warga tempatan yang mana majikan dikehendaki memaklumkan kekosongan jawatan kepada Jabatan Tenaga Kerja (JTK), Kementerian Sumber Manusia (KSM) terlebih dahulu untuk membolehkan pencari kerja rakyat tempatan yang berdaftar dengan JobsMalaysia diutamakan untuk mengisi kekosongan jawatan tersebut.
  2. Pada masa kini, hanya 6 sektor pekerjaan yang dibenarkan untuk mengambil pekerja asing iaitu 5 sektor formal merangkumi sektor pembinaan, perkilangan, perkhidmatan, perladangan dan pertanian. Manakala 1 sektor informal adalah pembantu rumah asing.
  3. Sehingga kini, terdapat 15 buah negara sumber yang dibenarkan untuk membekalkan pekerja asing ke Malaysia. Negara-negara tersebut adalah Indonesia, Nepal, Myanmar, India, Vietnam, Filipina (Lelaki), Pakistan, Thailand, Kemboja, Sri Lanka, Laos, Turksmenistan, Uzbekistan, Kazakhstan dan Bangladesh.
  4. Had umur penggajian pekerja asing yang dibenarkan adalah 18 tahun 45 tahun. Had umur ini merujuk kepada umur pada kali pertama kemasukan pekerja asing ke dalam Malaysia.
  5. Tempoh penggajian yang dibenarkan adalah 5 tahun + 5 tahun bagi 5 sektor formal. Manakala bagi sektor informal iaitu pembantu rumah asing tiada had tempoh penggajian ditetapkan.
  6. Permohonan pengambilan pekerja asing yang lengkap akan dipertimbang dan diluluskan berdasarkan syarat-syarat dan kriteria yang telah ditetapkan oleh Agensi Kawal Selia. Namun begitu, keutamaan penggajian masih kepada rakyat tempatan yang mana dasar penggajian pekerja asing pada masa ini seharusnya merupakan langkah sementara untuk mengisi keperluan pihak industri.

MAKLUMAT PERKHIDMATAN

SEKTOR YANG DIBENARKAN

Bahagian ini memproses permohonan pengambilan pekerja asing mengikut sektor-sektor yang dibenarkan sebagaimana berikut:

  • Perkilangan
  • Pembinaan
  • Pertanian
  • Perladangan
  • Perkhidmatan:
    • Sub-sektor Restoran (tukang masak sahaja)
    • Sub-sektor Pencucian dan Pembersihan
    • Sub-sektor Pulau Peranginan

KADAR BAYARAN LEVI 

  • Sektor Perkilangan    : RM 1,850
  • Sektor Pembinaan     : RM 1,850
  • Sektor Perladangan   : RM 640
  • Sektor Pertanian       : RM 640
  • Sektor Perkhidmatan : -
    • Restoran (Tukang Masak)    :  RM 1,850
    • Pencucian dan Pembersihan :  RM 1,850
    • Pulau Peranginan : RM 1,850

NEGARA SUMBER YANG DIBENARKAN

Pekerja asing lelaki dan perempuan dari negara-negara sumber yang berikut dibenarkan bekerja dalam semua sektor iaitu Perkilangan, Perladangan, Pertanian, Perkhidmatan, dan Pembinaan.

  • Thailand
  • Kemboja
  • Myanmar
  • Laos
  • Vietnam
  • Kazakhstan
  • Nepal
  • Pakistan
  • Sri Lanka
  • Turkmenistan
  • Uzbekistan
  • Bangladesh

Pekerja dari negara Filipina, hanya pekerja lelaki sahaja yang dibenarkan bekerja dalam lima (5) sektor tersebut. Pekerja dari negara India hanya dibenarkan bekerja di dalam sektor perkidmatan (Restoran Sahaja), sektor pembinaan (high tension cable), sektor pertanian dan sektor perladangan. Pekerja lelaki dari negara Indonesia dibenarkan bekerja di dalam semua sektor kecuali sektor perkilangan. Manakala pekerja wanita dari negara tersebut dibenarkan bekerja di dalam semua sektor.

PUSAT KELULUSAN SETEMPAT PEKERJA ASING (ONE STOP CENTRE)

Prosedur pengambilan pekerja asing melalui Pusat Kelulusan Setempat (One Stop Centre) di Bahagian Pengurusan Pekerja Asing, Kementerian Dalam Negeri telah dikuatkuasakan mulai 1 Ogos 2005.

Melalui prosedur ini, permohonan yang lengkap dan memenuhi semua syarat yang ditetapkan dalam senarai semak akan diproses dan diberikan keputusan pada hari yang sama.

Proses pengambilan pekerja asing melibatkan temuduga oleh panel ke atas pemilik syarikat / majikan atau wakil yang sah. Ahli Panel adalah mewakili Kementerian/ agensi kawalselia seperti berikut:

  1. Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), bagi permohonan dari Sektor Perkilangan;
  2. Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM), bagi permohonan dari Sektor Perkhidmatan;
  3. Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), bagi permohonan dari Sektor Pembinaan;
  4. Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK), bagi permohonan dari Sektor Perladangan;
  5. Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (KPIAT), bagi permohonan dari Sektor Pertanian; dan
  6. Kementerian Dalam Negeri (KDN),  Urusetia dan ahli panel tambahan bagi semua sektor.

Majikan yang diluluskan permohonan pekerja asing akan menerima perakuan kelulusan dan hendaklah membuat bayaran levi dalam tempoh 30 hari dari tarikh kelulusan. Selepas bayaran levi dibuat Resit Pembayaran dan Slip Pembayaran akan dikeluarkan kepada majikan.